This is a historical fantasy fiction written especially for fellow Malaysians and also to readers who are fluent in Malay. However, non-Malay readers can use Google Translate, and it is understandable. The fiction has 1511 words – 1511, the year when Portuguese captured Malacca. Enjoy! : )

***

“Patik junjung perintah tuanku.”

Hang Tuah, Sang Setia, Tun Mamat tunduk menghadap Sultan Mahmud Shah, dengan dua tangan rapat bersila depan dahi mereka.

Sultan Mahmud kelihatan seperti di pertengahan usia bersila di atas permaidani emas, di atas lantai yang lebih tinggi daripada lantai di depan yang menyokong pengawai-pengawai istana.

Mereka pun berdiri, perlahan-lahan mengundur diri daripada pandangan sultan dan pusing apabila sampai di pintu istana.

Tuah berkata, “Sekarang, kita sediakan segala hantaran meminang. Kita bertolak esok setelah solat subuh.”

Sang Setia dan Tun Mamat segera menjawab, “Ya, tuan hamba.”

Sesudah Setia dan Mamat meninggalkan Tuah, dia pun menajamkan matanya yang menampakkan kebijaksanaan, seolah-olah sedang berfikir dalam.

Sudah lama permaisuri Sultan mangkat. Sungguhpun demikian, baginda masih hiba tidak dapat lupakan permaisurinya dan merasa sunyi meskipun baginda mempunyai puteri Tun Teja serta Puteri Onang Kening. Kesunyian baginda seakan istana baginda didiami sultan seorang sahaja. Baginda sultan hanyalah manusia biasa, dah tentu merasa sunyi. Demi kebahagiaan baginda, perintah tersebut haruslah dilaksanakan apa jua cabaran sekalipun.

***

Sesudah mengerjakan solat, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang pun berangkat dari kota Melaka menuju selatan, ke arah Gunung Ledang. Perjalanan yang memakan masa beberapa hari melalui hutan, akhirnya sampai di kaki Gunung Ledang. Mereka tahu mereka sudah berada di kaki gunung kerana perubahan cuaca yang dirasakan semakin sejuk dan dingin.

Mendaki gunung bukanlah mudah kepada pemuda yang kuat yang telah berjalan jauh dengan sedikit rehat, lebih-lebih lagi kepada Hang Tuah. Sungguhpun Hang Tuah terkenal dengan kegagahan menumpaskan pahlawan Majapahit dan Jebat, tetapi hal demikian sudah lama berlalu. Tuah sekarang adalah seorang pahlawan yang telah dimakan usia seperti diambang senja. Tuah kelihatan seperti orang tua yang biasa mendaki gunung yang gagah.

Tun Mamat sedar Hang Tuah telah lelah melalui nafasnya yang tercungap-cungap dan gerakan badan seperti orang yang telah pecut seribu batu. Dia pun mengusulkan biarlah dia sahaja dan pengiring yang lain meneruskan perjalanan, sementara Sang Setia menemani Tuah di pertengahan jalan.

Hang Tuah tergaman seketika mendengar usul Tun Mamat. Tuahkan laksamana gagah, yang hanya mendengar perintah baginda sultan dan tidak pernah gagal sempurnakan misi. Tapi hari, Tuah melihat dirinya yang tua dan lemah dan ini menyedarkan Tuah dia hanya manusia biasa yang  fitrahnya terhad. Terpaksalah Tuah menerima usul Tun Mamat. Berehat di sana, dia melihat Tun Mamat dan pengiring-pengiring pun meneruskan perjalanan, perlahan-lahan lesap daripada pandangan.

Tun Mamat pun tahu mereka sampai ke kawasan Puteri Gunung Ledang dengan melihat rimbunan bunga-bunga yang mana sebelumnya hanyalah pohon-pohon dan akar-akar menjala. Rimbunan bunga menarik rama-rama berterbangan, Perubahan ini membuatkan kumpulan Tun Mamat taksub dan aneh, ia bagaikan kayangan di muka bumi, haruman bunga membuatkan mereka lupa akan kepenatan.

Dengan pemandangan sebuah mahligai yang yang lebih mewah daripada istana Sultan Melaka, Tun Mamat tahu mereka telah sampai di perkarangan mahligai puteri kayangan. Suasana perkarangan sunyi, hanya kelihatan burung-burung berkicauan dan rama-rama berterbangan. Sekumpulan Tun Mamat pegun melihat sekumpulan bidadari yang cantiknya jauh daripada gadis jelita daripada dunia manusia, bermain sesama sendiri dan bergelak ketawa. Dan Puteri Gunung Ledang dah tentunya jauh lebih cantik daripada semua bidadari-bidadari yang bermain di taman.

Dengan tibanya, bidadari-bidadari tersebut berhenti main dan ketawa seolah mengesan sesuatu yang pelik. Mereka berpaling ke arah kumpulan Tun Mamat dengan muka yang kelihatan seperti malu dengan kehadiran golongan manusia.

Lantas, Tun Mamat pun bersuara dengan lantang. “Hamba Tun Mamat, datang daripada Kota Melaka, mewakili baginda Sultan Mahmud untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Kami telah membawa bersama hantaran-hantaran meminang.”

Persekitaran tetiba menjadi senyap, hanya kedengaran kicauan burung-burung dan denyitan serangga.

Kemudian, keluar seorang perempuan tua daripada mahligai, badannya bongkok dan tangannya memegang tongkat panjang semasa berjalan menghampiri kumpulan Tun Mamat.

Perempuan tua itu berhenti di depan kumpulan tersebut lalu bersuara, “Tuan hamba.”

Tun Mamat segera menjawab, “Ya, tuan hamba.”

“Hamba adalah ketua dayang yang menjaga Puteri Raden Mas Nyawa. Puteri faham niat hati Sultan Mahmud. Dengan itu, puteri pun mengemukakan beberapa syarat untuk menguji keikhlasan baginda. Ini adalah syarat-syarat dari puteri.”

Rombongan Tun Mamat tidak hairan. Memang dasarnya pihak wanita tidak akan terus bersetuju bukan kerana malu, tetapi memerlukan masa untuk memahami pihak keluarga lelaki. Tetapi, puteri yang sultan ingin meminang, bukanlah daripada golongan manusia biasa – daripada kayangan. Mungkin sebab itu puteri kayangan berani mengemukakan syarat.

Perempuan tua itu pun bersambung, “Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda…”

Terbeliak mata Tun Mamat. Semua syarat semua mustahil untuk dipenuhi. Kalau boleh pun, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk disempurnakan.

 “dan semangkuk darah Raja Muda.”

Darah Raja Muda? Semua yang terdengar matanya terbeliak dan mulut ternganga, semua memandang satu sama lain dan bertanya adakah betul mereka terdengar darah Raja Muda.

Sesudah selesai, nenek tua itu pun mengundur diri, meninggalkan kumpulan Tun Mamat untuk berehat dalam mahligai kayangan. Sepatutnya Tun Mamat berehat untuk mengumpulkan semula tenaga untuk menuruni gunung subuh esok, dia tidak dapat mengelapkan matanya. Pelbagai perkara bermain difikirannya, tentang taman bunga di puncak gunung, tentang istana kayangan, tentang Puteri Gunung Ledang dan tentang syarat-syarat aneh tersebut.

Sesudah subuh, Tun Mamat bersama pengiring-pengiring dan barang hantaran yang sepatutnya dihadiahkan kepada Puteri Gunung Ledang, berangkat menuruni gunung untuk bertemu kembali Hang Tuah dan Sang Setia di tempat mereka berpisah semalam.

Apabila Tun Mamat bertemu Hang Tuah, dia pun segera menyatakan syarat-syarat puteri tersebut. Hang Tuah pun diam menunduk apabila memikiran maksud tersirat Puteri Gunung Ledang.

Jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk, hati kuman, air mata anak dara, air pinang muda dan darah Raja Muda. Jambatan emas dan perak untuk disempurnakan, harta Melaka dan rakyat akan dihisap sampai kering. Hati nyamuk dan kuman memang sukar untuk diperoleh. Air mata anak dara – hanya penderitaan anak dara baru akan ada air mata. Darah Raja Muda. Raja Muda masih kecil. Dan kalau benar, Raja Muda akan dikorbankan. Adakah benar Puteri Gunung Ledang ingin menguji keikhlasan Sultan Mahmud?

Tidak, puteri dari kayangan adalah mulia dan tidak akan menguji keikhlasan. Ia adalah bermaksud menolak. Mimik muka Tuah nampak seperti telah faham maksud tersirat puteri.

Sultan Mahmud Shah bukan seperti yang semua hamba semua maklum. Sultan Mahmud Shah bukan sunyi sebenarnya tetapi berhawa nafsu. Baginda pasti akan penuhi semua permintaan Puteri Gunung Ledang termasuklah mengorbankan Raja Muda. Menikahi puteri kayangan yang kecantikannya tiada bandingan dapat memuaskan hawa nafsu. Baginda Sultan Mahmud Shah lebih seperti datuknya, Almarhum Sultan Mansur Shah, bukanlah sultan yang bijaksana tetapi pengecut, mendengar hasutan munafik, tidak ada pertimbangan yang wajar, menyebabkan Tuah hampir dihukum bunuh, menyebabkan Jebat terpaksa mengorbankan diri. Ayahanda Sultan Mahmud, Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah lebih bijaksana, meneladani Khalifah Umar al-Khattab, menghapuskan pencuri dan lanun yang mengancam keamanan Melaka. Dan tuanku Sultan Mahmud Shah, yang hawa nafsunya kuat. Mana ada manusia yang berani menikahi dewi daripada kayangan? Masakan manusia yang rasa darjatnya sama taraf dengan dewa dewi. Jikalau demikian, Sultan Mahmud bakal jadi raja zalim dan sudah tibanya Zaman Kemerosotan Melaka!

Mimik muka Tuah terus berubah, seolah-olah hari kiamat akan berlaku pada esok hari.

Tun Mamat sedar akan perubahan mimik muka Tuah, lalu berkata, “Tuan hamba, apa dia?”

“Kata-kata Tun Perak adalah benar. Berkhidmat untuk raja adalah tidak sama dengan berkhidmat untuk negara. Berkhidmat untuk raja adalah bahaya kerana raja juga adalah manusia biasa dan kita tidak tahu bila raja akan berubah. Berkhidmat untuk negara adalah menjaga keamanan dan kehidupan rakyat. Demi rakyat, raja zalim haruslah disanggah walaupun ini bermaksud jatuhnya sebuah pemerintahan. Bak kata Jebat, raja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah!”

Sang Setia, Tun Mamat dan semua yang hadir gempar dengan kata-kata Hang Tuah.

Hang Tuah pun segera berkata, “Wahai tuan hamba sekalian, jangan bimbang. Hamba tidak akan memberontak.” Kelihatan mimik muka Tuah yang bengang, “Apakah yang harus patik buat?” Beliau pun bergerak menghampiri anak sungai Gunung Ledang, lalu berkata kepada Keris Taming Sari, “Jikalau hamba harus pulang menghadap baginda, maka timbullah tuan hamba. Jikalau hamba tak harus pulang, maka tenggelamlah tuan hamba.” Tuah pun perlahan-lahan meletakkan kerisnya ke atas permukaan air dan melepaskan tangan.

Keris yang berlengkuk tujuh, seakan-akan tenggelam, seakan-seakan timbul, hanyut dengan aliran arus sungai.

Mata Tuah memerhati kerisnya seolah-olah berharap akan terjadi satu keajaiban.

Kemudian, kerisnya pun tenggelam ke dasar sungai.

Tuah memejam matanya, seperti telah faham. Beliau pun palingkan muka pada Tun Mamat dan Sang Setia. “Tuan hamba, hamba tidak akan terus berkhidmat untuk baginda sultan. Kita berpisahlah di sini. Tuan hamba, tolong nasihatikan baginda sultan agar membatalkan hasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Jika tidak, rakyat akan sengsara dan zaman Melaka tamat akan tiba.”

Tun Mamat dan Sang Setia segera menjawab, “Ya, tuan hamba. Demi kesejahteraan Melaka dan rakyat, hamba sanggup nasihati baginda walaupun hamba akan dihukum mati.”

Tuah bersuara, tangannya menunjuk ke arah sungai yang mananya keris tenggelam. “Buat masa ini, Taming Sari tidak diperlukan. Akan tiba masa bila keris itu diperlukan dan akan muncul perwira yang layak menjunjungnya.”

Dengan kata terakhir, Hang Tuah pun meninggalkan rombongan meminang puteri kayangan.

***

Di dalam sebuah restoran mamak, dengan latar belakang yang melihatkan bandar raya Kuala Lumpur, kelihatan seorang lelaki tua menikmati nasi lemak dan kopi Ipoh sambil membaca suratkhabar Inggeris. Dia tersenyum sinis lalu berkata, “Hai, mereka semua masih sama.”

Advertisements